Total Pageviews

Tuesday 20 December 2011

SERIOUS....saya jealous dgn awk..~,~

hmm..tak boleh ke???






Awak ambik kos pendidikan Islam...”

“tak…”

“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”

“Tak juga, saya program sains la…”

“saya ingatkan ustazah tadi…”

Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…

Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz..
ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!
Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...

Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dahtu kenapa bertudung labuh?"

Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”

Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai…
Nauzubillah…

Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…

“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya”

“Sebab saya tengok awak alim je”

“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???"

Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…

Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah.
sekian..................... ;D

*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah...

*Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT...
Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.

Menyembunyikan rahsia hati di riak wajah adalah nikmat Tuhan untuk kita, kenapa tidak kita biarkan orang sekeliling kita tersenyum dengan senyuman kita? =)
 
 SERIOUS....saya jealous dgn awk...^_^
Suatu hari aisyah sedang berbual-bual dengan shera dibawah rendang pohon yang redup…

Shera: mesti seronok kan dapat jadi awak?
... ... ... ...
Aisyah: kenapa pulak? (sambil membetulkan tudung labuhnya yang sedikit ditiup angin)

Shera: sebab awak adalah awak dan saya jealous dengan awak.

Aisyah: boleh saya tahu sebabnya?

Shera: sebab awak baik semacam...kalau solat awak khusyuk,solat sunat pulak selalu awak lazimi..baca Al-Quran awak fasih..siang awak Nampak gembira,bergelak ketawa,tapi malam saya selalu Nampak awak menangis di tikar sejadah..awak cantik,tapi awak sikit pun tak perasan awak cantik. Awak sangat humble. Muka awak tenang je..lembut,penuh dengan senyuman sampai orang tak puas tengok awak. Kalau nak buat ape2,mesti awak jaga niat..awak cuba faham semua orang dan baik dengan semua orang..mulut awak tak pernah lekang sebut nama ALLAH..semua awak bedal ‘subhanallah,Alhamdulillah,masyaALLAH,insyaALLAH’…semualah..sunnah rasulullah semua awak buat,satu pun takde yang awak tinggal..saya jelous sebab mesti ALLAH sayang awak..mesti rasulullah rindu awak..(berwajah sedih)

Aisyah: ooo..macam tu..kalau macam tu,sayalah orang yang akan lebih jealous dengan awak..

Shera: kenapa??( wajah itu terus berubah penuh tanda Tanya)

Aisyah: sebab awak ada cita-cita nak jadi baik macam saya. Bila ALLAH bagi awak hidayah dan awak betul2 grab, awaklah orang yang paling beruntung saat itu. Masa tu, ALLAH ingat awak. Kalau awak baca Al-Quran gagap2, ALLAH gandakan pahala dengan usaha awak tu lebih. Awak lagi cantik dan humble dari saya sebab awak rasa saya cantik dan tak rasa diri awak lagi cantik. Awak selalu jaga niat jugak, niat awak nak buat baik dan menuju kearah kebaikan. Awak juga selalu faham orang lain sebagaimana awak sedang fahami saya sekarang. Kalau mulut saya selalu sebut nama ALLAH,tapi hati awak mesti selalu tersentak dengan nama ALLAH. Saya tahu sebab awak selalu perhati bila saya sebut nama ALLAH..saya lagi JELOUS dari awak..sebab ALLAH lebih ingat dan sayangkan awak lebih dari saya.rasulullah mengalukan awak untuk mengingati baginda. Betul2 SAYA JEALOUS DENGAN AWAK…

Kata2 prof tariq ramadhan ““I don’t care what u are doing, but I respect who u are.u know why?because maybe who u are tomorrow will be better than who I am today..
Jangan mengharap pada manusia, kerana manusia punya hati. Hati pula sifatnya tidak tetap dan berubah-ubah...Tetaplah mengharap pada Illahi kerana DIA pasti menunai segala yang dijanji dan DIA jugalah yang menetapkan hati manusia untuk memenuhi keperluan kita setiap hari. Allah beri apa kita PERLU bukan MAHU.

                                                              SAHABAT......INDAHKAN DAKWAH???...~,~

Saturday 17 December 2011

berkata LELAKI kepada WANITA..^_^



 Wanita Solehah, tidak Memandang & tidak Dipandang...
 (¨`v´¨) Fatimah r.ha
`• .¸.•´Seorang wanita lebih cantik dari mangkuk cantik ini. Wanita yang berjilbab itu lebih manis dari madu. Dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut.

 

`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸`·.¸.¸¸.•*
♥ masyaAllah..indahkn..wanita solehah ♥terdetik hati ni smlm slps tngk rncngan realiti tv..SOLEHAH...sejuk hati...rs mcm nk je jd mcm tu..hehe...~,~..tp aku still lg xlayak..bnyk sngt6 kekurangan dri ini...impian tu ada...mgkin lps khwin kott....=D....hehe..xpatut betul la...solehah not just utk istri ja...kita start dgn mnjd ank yg solehah, bila dh khwin nt..baru la blh jd isteri yg solehah..yer x??....n then..ada ank...nk ank2 yg soleh solehah..sbgai pnyejuk hati ni...=)..insyaAllah....sooo..sahabat..as a preparation..kena la solehah kn dri kita dlu..baru dpt suami yg soleh..dan insyaAllah...ank2 pn akn ikt prngai kita....Allah maha adil kpd hamba2Nya sahabat..^_^....
Hmm...susahkn nk jd solehah..bnyk dugaan iman n hati.....mampukah aku??...atau layakkah aku utk memegang title tu..yaAllah....berat rs hati...apa yg xkena lg dgn dri ini..lemah..cepat melatah dgn dugaan atau musibah yg Allah bg...kerdil sngt dri ni..tp...nikmat Allah...sntiasa nak....


 

WANITA YG CANTIK
Seorang Wanita yang tetap berdiri pada jalan yang benar dan tidak berkompromi dengan sesuatu yang dia tahu dapat menyesatkan.
Seorang Wanita yang mengasihi keluarganya baik suami dan anak-anaknya.
Seorang Wanita yang memberikan warna positif dalam kehidupan setiap orang.
Seorang Wanita yang tidak menjual dirinya demi kemewahan. Kerana baginya kemewahan syurga yang lebih penting dicarinya.
Seorang Wanita yang tahu menempatkan dirinya dimanapun dia berada.
Seorang Wanita yang dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah.
Seorang wanita yang dapat menginspirasikan semua orang.
Dan terakhir, wanita yang cantik adalah wanita yang boleh menjaga harga dirinya ditengah gelap dan gemerlapnya dunia ini
Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.
TIPS WANITA SOLEHAH
  1.  Solat tepat waktu
  2. Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
  3. Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
  4. Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
  5. Bercakap dengan rendah suara.
  6. Lembut dan halus tingkahlakunya.
  7. Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
  8. Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
  9. Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
  10. Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya
  11. Pandai mengambil hati orang tua.
  12. Menghormati dan taat ibubapa.
  13. Kesayangan keluarga dan tetangga.
  14. Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
  15. Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
  16. Rambut tak diwarnakan.
  17. Banyak dan murah dengan senyuman.
  18. Banyak mendengar dari bercakap.
  19. Senyuman adalah ketawanya.
  20. Tidak ketawa terbahak-bahak.
  21. Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
  22. Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
  23. Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
  24. Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
  25. Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
  26. Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
  27. Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
  28. Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
  29. Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
  30. Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
  31. Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
  32. Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.


 Berkata LELAKI SOLEH kepada WANITA.....renung-renungkan lah........

Saudariku....
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok, menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya. Umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang. Tapi awas, duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.
 Saudariku.....
Aku suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahid. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah.
 Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.
 Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup. Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah.
 Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun, ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu, lebih-lebih lagi dengan title gadis yang kau miliki. Sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada...
 Namun ingatlah saudariku....
Sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan
ke arah itu. Yang penting gadisku... engkau mesti punyai azam, usaha dan istiqomah.

Saudariku.....
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu.

Sesungguhnya Nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu :

" Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....

Oleh itu saudariku.....
Setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.

Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.

Saudariku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi. Itulah fitrah semulajadi setiap insani, namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta.

Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah. Kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta. Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT.

Sebelum kau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah. Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu.

Saudariku...
Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak, apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai. Tetapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.

Dalam usia mu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Buat akhirnya, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama :

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri."

"ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH, CEPAT PERKAHWINANNYA, CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN PULA MAHARNYA."^_^


 next entry..insyaAllah....slm ksh syg...^_^

Friday 16 December 2011

cinta dalam diam....krn Allah....

-->Ya Allah Ya Tuhanku..kuatkanlah aku dlm menjalani hidup ini sendiri tanpa cinta,tanpa kasih sayang,tanpa sentuhan jiwa,tanpa rindu,tanpa mengingati orang yg pernah terlukis di hati ini..Sebelum tepat waktunya cinta ini diseru oleh dirinya..Cukuplah sekadar ku meraih cintaMu,cinta rasulMu,cinta kedua ibu bapaku,cinta keluargaku dan cinta teman2ku yg disayangi buat ketika ini..amin ya rabbal alamin..

Ya Allah,Damaikanlah HATIKU ini..Tenangkanlah Perasaanku dengan CHENTA DariMu..Gantikanlah KEPAHITAN yang kualami kini dengan KEMANISAN Berpanjangan DariMu..Dan Berikanlah kepadaku KEKUATAN dalam Menghadapi UJIANMU ini..Amin Ya Rabb..


♥♥ Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaanNya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang diciptaNya..Alhamdulillah ♥♥

Ku Akui Berta'aruf Dgn Dirimu Membuatkan Aku Lbih Mendalami Tentang Agamaku..Alhamdulillah.. :))
Tapi,Kenapa Makin Lama Kau Tidak Seperti Dulu..????? :o
"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."

ܓUntukmu Wahai Akhiku,Tahukah Kamu..??

Kerana aku menyukaimu dlm bisu , maka aku ingin kau menjaga akhlakmu..
Kerana aku menyukaimu dlm bisu , tidak terlintas di hati ini untuk melalaikanmu,
Kerana aku menyukaimu dlm bisu , aku tak ingin terlalu dekat denganmu bahkan aku mahu kau menjauhiku dan aku akan menjauhi diriku dirimu ..
Kerana aku menyukaimu dlm bisu , aku tak ingin menyakitimu dgn perbuatanku..

..
.. Cukuplah aku menyukaimu  dalam bisu..Bukan kerana membenci hadirnya dirimu..Tetapi menjaga kesuciannya cinta yg diberikan olehNya,bukan kerana menghindari dunia..Tetapi meraih syurgaNYA,bukan kerana lemah untuk menghadapinya..Tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup di saat kita bersama ....

ܓKerana sukaku padamu dlm bisu,
Tak akan ku biarkan cermin hatimu menjadi hitam,
Tak akan ku biarkan telaga jiwamu menjadi keruh,
Tak akan ku biarkan perisai qalbumu menjadi retak,bahkan pecah semata-mata keranaku..
Tak akan ku biarkan cita2 mu melayang entah ke mana kerana kau mencari hatiku yg bisu..

..
.. Cintailah pelajaranmu, sebagaimana engkau cintakan seseorg kerana pelajaran akn bersamamu ketika sedih dn gmbira..insyaAllah.... (Aku Mahu Kita Begitu) (Lebih Mengejar Cita2 Dari Cinta Manusia)

ܓ Mengertikah Kamu .. ??

Kerana sukaku dalam bisu,
Ku tak ingin mengusik ketenteraman batinmu tuk mengingatiku,
Ku tak ingin mempesonamu dengan kecantikanku,
Ku tak ingin membuatmu simpati dan kagum terhadap diriku,
Atau pun memberimu peluang menaruh harapan padaku,
Itu bukannya keinginanku..

KEPADA SIAPA AKU DAN ENGKAU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

Mari sama2 kita mengejar dan mengenali CintaNya Yg Abadi..

♥♥ Hatimu akn merasakan manisnya takdir Illahi jika engkau mencintaiNya.
Engkau akn mencintaiNya jika engkau mengenalNya.
Smkin tggi pengenalanmu terhadap Illahi,
Smkin tinggi pula darjatmu & smakin terasa agung ketentuanNya bagimu.
Ssgghnya Dia lbih mencintaimu drpd dirimu sendiri..SubhanAllah..
♥♥

Cinta Pda Bunga,Bunga Akn Layu..
Cinta Pda Manusia,Manusia Akn Mati..
Cinta pda Allah,Cinta Yg Abadi..

ܓ Akhiku..Jika Kau Mengasihaniku..Tolongi Aku..

Mulai saat ini jgnlah kau menghantar smsmu kpdaku..
Jgn pernah kau menelefon diriku,
Jgn pernah mengambil tahu tntg keadaanku..
Kerana Aku Tak Mahu Begitu..
Ini akn membuatkan kita Lalai dan bermulanya proses 'Rindu-Merindui' dan Zina Hati jga akn berlaku..

(¯`v´¯)Jangan katakan cinta melalui sms kerana sms boleh dihapus,
`•.¸.•´Jangan katakan cinta melalui bunga kerana bunga boleh layu,
(¯`v´¯)Jangan katakan cinta melalui kertas krana kertas boleh dibuang,
`•.¸.•´Jangan katakan cinta melalui ciuman kerana ciuman itu dosa,
Katakanlah cinta melalui hati dalam istiqarah cintamu pada Ilahi Rabbi..


ܓ Akhiku..

Aku Ingin Kita Mnjaga Batasan Pergaulan Antara Dirimu dan Diriku..
Dan Aku Tahu Yg Kau Mengerti Hal Itu..
Kau perlu tahu hati wanita itu lembut dn sensitif sperti pohon semalu..
Aku Takut Aku Akan Bersedih Sekiranya Kau Bukan Diciptakan Untukku..

Dengarkn kata2 ini..


Jika kau m'cintaiku krn Allah jangan dekati aku
Jika kau m'cintaiku krn Allah jangan menggodaku
Jika kau m'cintaiku krn Allah jangan merayuku
Jika kau m'cintaiku krn Allah jaga izzahmu denganku
Jika kau m'cintaiku krn Allah jangan menyentuhku
Jika kau m'cintaiku krn Allah cukuplah m'cintaiku dlm bisu
Jika Mencintaiku krn Allah jagalah hatimu & hatiku agar tetap MencintaiNya

Maka biarkanlah…

Aku bersikap tegas padamu,
Biarlah aku seolah acuh tak acuh memperhatikanmu,
Biarkan aku bersikap dingin terhadapmu,
Tidak mengapa kau tidak menyukai diriku,
Bahkan membenciku sekali pun, tidak masalah bagiku….
Kerana Aku Akn Lebih Selesa Kalau Begitu..

♥♥ Menyukai Seseorang Tidak Bermakna Menyintai..
♥♥ Menyintai Seseorang Tidak Bermakna Memiliki..
♥♥ Mengingati Tidak Bermakna Menyayangi..
♥♥ Merindui&Sayang Seseorang itu Tidak Bermakna Kpada Kekasih Hati..
♥♥ Tidak Membalas Senyuman Seseorang itu Tidak Bermakna Benci..Cuma berhati-hati..=,=!!
♥♥ Jadi Jgnlah Cepat Berburuk Sangka..=)

Akhiku,

Dalam Diam Terharu Diri Ini Saat Kau Brkata Sedemikian..
(¯`v´¯)
♥♥'Aku
`·.¸.·´
♥♥Mencintaimu Kerana Allah..'
¸.·´... ¸.·´¨) ¸.·*¨) hatiku berbunga..
ܓ
(¸.·´ (¸.·´ .·´ ¸¸.·¨¯`·.
♥♥♥tp maaf..sungguh berat tuk ku mnjawab

'Aku Juga Mencintaimu Kerana Allah'
 Kerana Rasa Itu Belum Halal Untuk Diungkapkn..
Cukuplah Sekadar Doaku Untukmu..
♥♥ sm0ga Allah mblas dgn cintaNYA pdmu krn tLah mcintaiku krn Allah..Amin ♥♥

Akhiku..Fahamkah Kamu..Jika Ku Khabarkan Padamu..

Aku Menyukaimu Dalam Bisu...??

♥♥ Jika suka dlm diamku itu tak memiliki ksmpatan brbicara didunia nyata,biarkan ia tetap diam,Allah Ta’ala msih punya rancangan,jika dirimu bukan milikku,melalui wktu akan mnghapus cinta dlm diamku itu dgn mmberi rasa yg lebih indah,org yg tepat oleh Allah Subhanahu Wata’ala,biarkan cinta diamku itu mnjadi memori trsendiri,disudut hatiku mnjdi rahsia antara aku dgn Sang Pemilik hatiku,Allah Subhanahu Wata’ala ♥♥

♥♥Ingatkh kamu tntg kisah Fatimah dn Ali yg keduanya saling m'mndam apa yg mreka rasakn tp pda akhirnya mreka d'pertemukn dlm ikatan suci nan indah kerana dlm diam t'simpan kekuatan,harapan hingga mungkin sja Allah akn m'buat harapan itu m'jadi nyata hingga cintamu yg diam itu dpt berbicara dlm kehidupan nyata..biarkanlh aku m'cintai dirimu dlm bisu..mna tahu Allah sdg 'mrancang' sesuatu untukku..InsyaAllah..

Akhi Yg Ku Kenali..,

Seandainya kita dicipta untuk menjadi satu..
Pasti suatu ketika kita akn bertemu..InsyaAllah..
Seandainya kita dicipta untuk tidak bersatu..
Walau dekat selalu, kau takkan jadi kepunyaanku..
Biarkan diri ini mencintaimu dlm bisu..
Kerana x akan sesekali ku ungkapkan "azimat cintaku"..
Selagi kau belum halal bagiku..Waallahu'alam...


Sebelum Kata2 Ku Berakhir,

Tahukah Kamu Apa Maksud Cinta ??? !!

~C.I.N.T.A~
C-Cinta
I-Ikut
N-Nabi
T-Taat
A-ALLAH

Kuatkah Diriku Dan Dirimu Mengikuti Sifat Kekasih ALLAH Ini????
Jgn Katakan 'Jika ALLAH Mengizinkan'..Tapi Kita Cuba Dulu Dgn Bersungguh2..Mana Tahu..Ia Berhasil..InsyaAllah..Waallahua'lam..

Aku Selalu Memujuk Hatiku DiDepan Ya Rabb..Selalu Saja Kata2 Ini Hadir Di Bibirku Saat Aku Mengakhiri Doaku..

♥♥ "Sekiranya dia ditakdirkan untukku dan aku ditakdirkan untuknya maka peliharalah kami dengan batas-batas syariat, sekiranya dia bukan ditakdirkan untukku dan aku bukan ditakdirkan untuknya maka jauhilah diriku daripada memikirkannya dan jauhilah dirinya daripada memikirkanku"..Amin..♥♥

Akhiku...Harap Kau Mengerti Diriku..Maafkan Diriku Kerana Aku Tak Bisa Mengungkapkan Suka Yg Terus Membisu..Maafkan Aku Juga Kerana Secara Terang-terangan Aku Menolak Cintamu..Bukan Ku Tak Mahu..Cuma Diriku Ingin Lbih Memikirkan Tntg Perhubunganku Dgn Ya Tuhanku..Aku Lebih Rela Kehilangan Cintamu Daripada Aku Kehilangan Cinta Tuhanku..Ku Doakan Agar Kau Tetap Beristiqamah DijalanNya..Smoga Kau Berjaya Dgn Cita2mu..Aku Akn Sentiasa Menyokongmu..Sebelum Tibanya Waktu Allah Mengizinkanmu Melafazkannya..Lupakan Diriku..Dan Aku Juga Akan Melupakn Dirimu..Terima Kasih Kerana menyayangi diriku....




DOA UTK MNDAPAT JODOH YG BAIK...

--> Ya Allah…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,
Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, Sehingga dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu…
Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi keranakesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…
Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba…
Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar segala kuluh – kesahnya
Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…
Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…
Ya Allah…
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan
Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku…
Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui,
Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…
Hadis riwayat Abdullah bin Mas`ud ra.:
Dari Alqamah ia berkata: Aku sedang berjalan bersama Abdullah di Mina lalu ia bertemu dengan Usman yang segera bangkit dan mengajaknya bicara.
Usman berkata kepada Abdullah: Wahai Abu Abdurrahman, inginkah kamu kami kahwinkan dengan seorang perempuan yang masih belia? Mungkin ia dapat mengingatkan kembali masa lalumu yang indah.
Abdullah menjawab: Kalau kamu telah mengatakan seperti itu, maka Rasulullah saw. pun bersabda: Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, karena sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu. (Shahih Muslim No.2485)


doaku buatmu
ikatan yg lbh dredhai Allah..


salam ksh syg dr akak..krn Allah....^_^