Total Pageviews

Sunday, 7 April 2013


Kita nak bina Ummah , bukannya nak main pondok- pondok..>,<

assalamualaikum...
tiba- tiba nk copy entry dari Hilal asyraf ni..good point....enjoy ur readings..=)





Ramai yang mengadu betapa hasrat mulia mereka tidak mendapat perhatian ibu bapa. Nak kahwin awal, tetapi tidak diperkenankan.

Tanpa saya nafikan, memang ada ibu bapa yang tidak reasonable dalam hal ini, namun sebagai pemuda saya suka untuk melihat kembali mengapa rata-rata permohonan kahwin awal ini dipandang sepi oleh Ibu Bapa kita? Bahkan ada yang memandangnya secara sinis, dan tidak pula merestuinya.
Mengapa?
Peribadi Yang Tidak Meyakinkan
Ada kemungkinan, kita sebagai anak, baik lelaki dan perempuan, masih tidak mempunyai sebuah peribadi yang meyakinkan ibu bapa kita untuk melangsungkan perkahwinan.
Kita masih selekeh, juga masih tidak menunjukkan tanda-tanda mampu berdikari. Bilik masih bersepah. Kekemasan diri tiada. Hidup masih tidak tentu arah. Pelajaran terhuyung hayang. Dengan ibu bapa masih tidak hormat. Di rumah, Ibu Bapa yang jadi pekerja, kita berlagak seperti tuan besar.
Mungkin dek kerana peribadi yang sedemikian rupa, maka tatkala kita kata: “Mak, saya nak jadi suami kepada Si Fulanah tu, boleh?” dalam keadaan umur baru belas-belas atau masa belajar pun belum habis, semestinya akan menimbulkan rasa ‘tidak selamat’ daripada Ibu Bapa kita. “Mak, saya nak jadi isteri kepada Si Fulan tu boleh?”  Kita pun tak pernah rasa nak tolong Mak di dapur, kemas rumah jauh sekali, bilik pun memanjang bersepah, belajar pun ke hancur, selalu balik rumah lewat malam, keluar dengan siapa mak pun tak tahu. Tiba-tiba nak jadi isteri orang dalam usia yang sangat muda? Timbul tanda tanya.

Ambil Mudah + Boros
Apa petanda tidak matang?
Antaranya adalah suka ambil mudah.
Saya suka melihat keadaan remaja sekarang yang berkempen ‘turunkan harga hantaran’ dan ‘murahkan bajet perkahwinan’. Kalau ada cerita fasal orang kahwin dengan nilai yang murah, bukan main hangat lagi sharenya. Kan?
Bagus sebenarnya kahwin murah ni. Kerana, kahwin sehari sahaja. Rumahtangga pula kalau boleh nak sehingga ke syurga. Maka semestinya tak berbaloi habiskan duit banyak-banyak pada majlis perkahwinan yang sementara itu.
Namun, dalam anak-anak berusaha minta kahwin murah, kahwin khitbah, dan sebagainya kepada ibu bapa, diri sendiri boros dengan pelbagai perkara. Telefon bimbit beli yang mahal-mahal. Wang biasiswa habis dengan berjalan merata tempat. Kasut juga mahal-mahal. Seluar dan baju ‘custom made’ punya. Komputer kita, sanggup habis duit dengan gajet-gajet komputer termahal walaupun sebenarnya tak perlu pun. Segala gajet kita beli, iPhone, iPad, iPod, dan segala ‘i’ lagi, walaupun tidak penting.
Kemudian tiba-tiba bila kita nak kahwin, kita nak murah-murah. Bila mak tanya, duit ada ke nak kahwin? “Ala mak, kahwin murah tu berkat!”
Ibu Bapa mana yang akhirnya tak rasa anak dia bukanlah orang yang layak nak berkahwin?
Suka ambil mudah. Macam mana nak jadi suami orang, isteri orang, mak bapak orang?
Kuat membazir pula tu. Duit dahlah tak ada. Nak kahwin awal. Mak bapak jugak tanggung itu ini nanti.
Takkan dah berumahtangga, masa tak ada duit, kita call mak ayah kita macam masa kita habis duit belanja masa belajar dulu?

Cermin Diri, Binalah Peribadi
Saya dahulu minta nak kahwin awal. Umur 18 tahun saya dah minta nak kahwin. Ummi Abah saya tolak juga permintaan saya ketika itu.
Abah suruh timba banyak pengalaman lagi, suruh membesar lagi. Ummi pula tanya ada duit atau tiada. Pada masa itu, saya sebagai seorang pelajar agama, ada baaaaaanyak dalil untuk berhujah dengan Ummi Abah saya, agar membenarkan saya kahwin awal juga. Namun, pada hari itulah saya memilih untuk berkata pada diri: “Apa kata, kita ikut Ummi Abah punya nasihat?”
Saya cermin diri saya, dan saya bina perancangan.  Sebelum saya ke Jordan pada penghujung tahun 2008, saya berikan kepada Ummi Abah saya kertas kerja untuk berkahwin.  Di dalam kertas kerja itu, saya ada cakap rancangan saya untuk cari duit, macam mana saya nak jimat duit dengan duit Abah bagi buat belanja bulanan, macam mana dan bila saya nak habis belajar, bila target nak kahwin dan sebagainya.
Saya sendiri, sepanjang hidup di Jordan, pakaian saya terdiri daripada pakaian-pakaian pemberian senior, dan barangan yang saya beli di kedai bundle Jordan. Baju-baju saya berharga RM2.50 sahaja sehelai. Kadangkala nak merasa pakai berjenama sedikit, saya cari jenama yang elok-elok di bundle itu, dan beli dengan harga RM30, sedang orang lain membelinya dengan harga ratusan ringgit.
Saya juga giat bekerja sebagai penulis, sambil belajar. Saban tahun berusaha menghasilkan karya. Pengajian saya juga saya pastikan on track, habis pada masanya.
Begitulah kehidupan saya. Hingga akhirnya, kala saya tamat pengajian, saya punya sedikit simpanan untuk perkahwinan dan start rumahtangga.
Ummi Abah saya, melihat disiplin ini, Menyebabkan mereka akhirnya bersetuju dan okay untuk saya berkahwin pada awal 20-an. Rancangan saya untuk berkahwin pada umur 24-25 tahun, diawalkan menjadi saya berkahwin pada umur 23 tahun, pada 070712.
Setahun sebelum perkahwinan pula, saya sudah buat kertas kerja untuk berkahwin. Menyatakan berapa wang saya ada, dan bagaimana majlis yang saya mampu. Saya bentangkan kepada Ummi Abah saya, dan kata:
“Ini sahaja Hilal mampu. Kalau lebih daripada ini, mohon Ummi Abah la tanggung.” Dan Ibu bapa saya bersetuju. Ketika itu juga saya sudah siapkan perancangan bagaimana kehidupan saya selepas berkahwin, nak duduk di mana, rumah macam mana, kerja apa dan sebagainya.
Akhirnya alhamdulillah, saya berkahwin dengan tenang dan senang, tanpa hutang keliling pinggang. Bahkan, ada benda yang saya nak bayar, Ummi berbesar hati bayarkan, ada benda yang saya nak tanggung, Abah berbesar hati nak langsaikan. Akhirnya, saya ada bonus lebihan duit untuk meneruskan kehidupan berkeluarga dengan zawjah.
Saya melihat, remaja, pemuda, yang semangat nak kahwin awal ini, pertama sekali kena belajar bina peribadi.
Kemudian jalinkan hubungan baik dengan ibu bapa.
Paling penting, jangan sesekali couple. Itu yang banyak menyusahkan hubungan.
Sebaiknya, sebelum kita ada janji apa-apa dengan pihak satu lagi, kita dah consult dengan ibu bapa kita. Jangan dah bercinta hingga ke langit, nak kahwin baru cari mak bapak. Ini saya nampak, antara faktor kenapa Ibu bapa kurang senang merestui perkahwinan awal kita.

Penutup: Mencari Sinergi Antara Kita Dan Ibu Bapa
Memang ada ibu bapa yang tak reasonable. Anak dah susah payah berdikari, usaha matangkan diri, jimat duit, belajar rajin dan cemerlang, masih lagi tak benarkan sang anak berkahwin.
Ibu bapa begini, kita serahkan kepada Allah SWT sahaja. Kita pula, jangan sesekali jadi seperti mereka kala kita tua nanti.
marilah remaja, pemuda, pemudi sekalian, kita tengok balik peribadi kita, sikap kita, pengurusan diri kita, sebelum kita sibuk dengan isu kahwin murah, hantaran rendah, kahwin awal, nikah khitbah dan sebagainya.
Kita nak bina ummah, bukannya nak main pondok-pondok.
Kahwin ni lebih besar dari sekadar nak melepaskan diri daripada zina. Kahwin ini adalah asas kepada pembinaan ummah.
Check semula diri kita.
Perhatikan kembali bagaimanakah kehidupan kita.
Kita bina keyakinan orang lain terhadap diri kita.
Sekaligus, kita membina masa hadapan yang lebih terjamin buat diri kita.
Ayuh, keluar daripada novel-novel penuh fantasi, dan berpijaklah di alam realiti!




sooo...sahabat..nk kawen bukannya boleh suka2 atau ikut main terjah ja...bina peribadi...baru saya yakin nak jadi isteri atau suami awak- awak semua...hihi..>,<

by : Hilal Asyraf

Saturday, 30 March 2013

mudahnya menjemput rezeki..^_^

salam Mahabbah all frens.....>,<
moga mingu ni semua berada dalam keadaan chat- chat aja deh..hehe
" jika hati resah, bingung..tanpa kita ketahui sebabnya..berbalik lah pd Allah..banyakkan berdoa...Dia tahu segalanya..

entry kali ni ummyti nak masukkan tentang Mudahnya Kita nak Menjemput rezeki dari Allah...pelbagai cara, pelbagai kaedah...ayuh lahh..kita gali sama- sama....salah satunya adalah Solat Dhuha..bila kita buat..kita akn rs satu keindahan dan ketenangan yg teramat sgt dlm hati ni...dan...mungkin rezeki yg kita dapat tuu..blh kita kongsi dgn org sekeliling kita..yg sangat2 memerlukan..who knows right....

ummyti nk share about satu buku..yang bila ummmyti and ummiera baca...dh rs something kat hati ni..walaupun ckit..wlupun hanya bc satu page je..cayalah....hihi ummyti x cakap klu x betul uuoollss....




yahhh....inilah bukunyaaa...>,<
karya ustaz Fathuri Salehuddin...dari klate ustadd nihh..
dan..kat bawah ni..ummyti nk share serba sedikit mengenai input yg ada dlm buku ni..

" Sabar di atas penderitaan dan kesulitan didunia merupakan sebab peningkatan darjat di akhirat. sebanyak mana penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh sesorang di dunia ini krn agama maka setinggi itulah darjat yg berhak dia peroleh di akhirat "

" sebaliknya, melalui keberkatan zikrullah, seseorang itu masih juga akan mencapai ketinggian darjat di akhirat walaupun zikrullah itu dikerjakan dgn senang lenang tanpa susah payah, hanya di atas tilam yg empuk..hee.." tuu pun kita xnak buat lagi..adoooyaiii...

"  apabila kita berdoa kadang- kadang..tanpa kita sedari air mata menitis. hal ini bukanlah di buat- buat itu merupakan salah satu doa kita di makbulkan ..InshaAllah...yakin dgn janji Allah...
tanda2 lain adalah berasa  meremang bulu roma dan badan rasa bergetar beberapa saat semasa sedang berdoa.

"" Maka apabila lidah sudah terdorong untuk berdoa, maka maknanya sudah ada tanda- tanda Allah mahu memberi kita sesuatu. Jadi, jangan lepaskan peluang itu, teruskan berdoa dan terus berdoa."" Allah mengetahui segalanya.

* Ibnu 'Ataillah berkata dlm kitab Hikamnya.." Apabila Allah melepaskan lidahmu utk meminta, ketahuilah sesungguhnya Allah hendak memberimu...^_^
haaa..tunggu apa lagi teman..Allah sentiasa menunggu kita utk meminta dariNya...

hmm..bawah ni pulak ummyti nk masukkan serba sedikit mengenai keajaiban sedekah..

" apabila kita besedekah secara mengejut, Allah akan datangkan rezeki secara mengejut jugak "
waaaa...best kann...so, tngu apa lagi..jom sedekah..walaupun hanya seringgit..tapi ckup bermakna buat si peminta sedekah dan cukup di pandang mulia oleh Allah..=)

" keajaiban sedekah akan terus terbukti benar sejak dahulu, kini dan selamanya......

sahabat- sahabat..masih banyak lagi cara ataupun kaedah yg kita blh ketahui melalui pembacaan dlm buku ni..ni ja yg ummyti mampu kongsi dgn anda semua..^_^ jgn rs rugi atau kedekut utk mendapatkannya..krn kita xtahu...mngkin itu jgk sbgai slh satu bentuk hidayah dr Allah..dan...jika Allah dh tegur atau mmberi hidayah pd kita...usah ragu- ragu atau takut utk melakukan perubahan..krn kita xtahu bl lagi Allah akn terus bg kita hidayah..ataupun kita x akan mendapatkannya lagi...ayuhh..terus berdoa sahabat...moga kita sentiasa berada dlm redha Allah...

aaahaaa..one more things...redha kedua ibu bapa...inilah yg paling utama..nk buat apapun...dapatkan restu dan redha dari Mak& Ayah..krn..tanpa mrk..siapalah kita...

lastly..ummyti nk share about solat hajat...

** solat hajat khusus utk melindungi diri daripada kejahatan manusia, binatang dan makhluk- makhluk lain...

1. pada rakaat pertama, baca Al- fatihah (1 kali) , ayatul Kursi ( 1 kali) dan surah Al- falaq (7 kali)
2. pada rakaat kedua, baca Al- Fatihah ( 1 kali), surah Al- Baqarah( ayat 285-286 1 kali) dan surah An-  
    Nas (1 kali)
inshaAllah...kita dh berusaha..moga kita sentiasa dlm lndungan Allah..

** solat hajat khusus untuk memburu impian ( hajat tertentu).

1. pada rakaat pertama baca Al- Fatihah (1 kali), ayatul kursi (1 kali) dan surah Al- kafirun (1 kali)
2. pada rakaat kedua baca Al- fatihah ( 1 kali) , surah Al- Baqarah ( ayat 285- 286 1 kali) dan surah Al-
    Ikhlas ( 7 kali)
ikhlaskan hati kita untuk sentiasa meminta pd Allah..inshaAllah..Dia akn memberi..krn Dia mengetahui apa yg terbaik dan yg kita perlukan dalam hidup ni...^_^

so, jangan lepaskan peluang utk dapatkan buku yg sgt bermotivasi ini...only RM18 my dear...murah dan berbaloi...area Baling..blh dapatkan terus dari Umi maudah Ali, SMKB...kawasan2 lain boleh la pegi2 tgk kat kedai2 buku yg bdekatan...

ohh yaa..ummyti bknnya nk menjual..tapi sekadar  nk share ilmu yg diperolehi...>,<

** apabila di pdg masyar kelak...Allah tanya..apa yg telah kau lakukan utk dakwah dalam islam..aku harap blog ini dapat membantuku...dan..apabila driku hampir- hampir terhumban ke neraka..aku harap akan ada sahabat- sahabat yg bangkit utk membantu dan mempertahankanku , itulah ksh syg sahabat.." ^_^

moga Allah meletakkan kita semua dlm redhanya...

lots of love,
ummyti >,<



Friday, 22 March 2013

family vacation..MeDaNN OOooo meDaNNN,,,,

assalamualaikum....alhamdulillah..after 2bulan lbh ni..ummyti dan keluarga aysik dok tperap kat rmh je...dan syukur..Allah bg rezeki dan keizinan utk melancong melihat negara jiran nunn di sebelah sana...actually..percutian dirancang bln 7 tahun lps lagi..sbb tu ummyti kata Allah mmberi keizinan tu pd kami sekeluarga kan..hehe

selepas apa yg berlaku dan tjadi pada kami...i'll realise something...." Apa yang Allah bg tuu..bukannya musibah..tapi nikmat sebenarnya..." bukannya sng nk boleh hidup dgn ksh syg Allah ni..>,<

allright..ckuplah dgn pot pet anda..hihi....ummyti nk bcerita tntg our journey di Medan sn selama 4hr 3 mlm..al lebih krg la.....




ummyti, mak ayah abg fahir, kak lydia, abg chik n ummiera bertolak dari Baling  ke kL pd hr rabu lagi sbb flight kami pd hr Khamis tu awal pagi..

aisehhh...sngt soooppaann kannn..hihi


so, pagi2 khamis tuu..sblm subuh lagi dh bangun..dlm pkul 3pagi mcm tu la...tapi..time tu dh dngr dah budak2 yg 2org tu dh siap mandi..mak aihh..semnagat betul kan bdk2 klu nk p bjalan....hehe kami bertolak ke LCCT Terminal KLIA seawal jam 5.00 pagi and we safely arrived at the terminal 6.15 am...eewaahh..kecek BI gituu..hihi kat situlah kami bjumpa dgn ahli2 rombongan yg lain...disitulah perkenalan kami bermula...=) ahli trip kami seramai 26 org termasuk kanak2....

  trip kalini  diuruskan sendiri oleh my brother Mohamad Fuad Zulkifli. Baik dari urusan flight ticket, kenderaan disana, mkn, dan penginapan. Ok, ni cerita pasal trip kali ni... 




bgambar sblm naik flight..

checkk pasport dlu sblm jumpa dgn hencikk imigresen..





our aeroplane...=)



dh ready utk naik flight..>,<

so..utk pertama kalinyaa..kami naik aeroplane..yahuuuu.......kami la yg plg bising dlm flight tuu..hehe


mak & ayah


abg fuad n farid..


sudaaahh sampeiii...welcome to Medann...
lai..lai..lai....ecehh..cina pulak..kui3...


ini adalah bas yg kami gunakan utk pegi kemana ja...dan..nmpak x pak herman di situu...



our driver..Pak darma..




Kami di bawa ke bandar Medan dulu untuk mkn pagi sbelum bergerak ke Berastagi kerana perjalanan akan mengambil masa yang lama.Tiba di berastagi kami di perkenalkan dgn pasar buah oleh pak supir. Lebih kurang mcm cameron highland tp kt sini kedai2nya agak usang. Selepas tu, Pak supir bawa kami mkn kt sebuah kedai di lereng bukit sebelum meneruskan perjalanan ke Parapat. Kami mkn dan solat zohor di situ. Kemudian kami ke Simarjarunjung iaitu Puncak gunung tu.. Sejukkkk.. 



mak beli buah salak kat sini.





kereta kuda pun ada..



heeee..>,<



si cilik berdua..afif & aidil










haaaa...ni kat ats bukit Simarjarunjung.....yukk!!! layan kami bergambar..hehe..>,<




akak jadoooooo...=D


preparation utk masuk dlm pertandingan Indonesia mencari bintang..agak2 bolee menang x..haha








mummy & daddy






inshaAllah...my guardians..=)














Then teruskan perjalanan ke Parapat untuk check in. TP singgah mkn malam dulu kat pekan Parapat. Kami menginap di Parapat View Resort.





goooooddddd niiteee kisss......>,<


Day 2: Medan Trip 2013 (Parapat, Samosir Island, Medan City)
22 February · https://fbstatic-a.akamaihd.net/rsrc.php/v2/y2/r/K0srxReVLKP.png · Taken at Lake Toba, Samosir Island

Day 2: Lepas breakfast kt Hotel, Pak supir bawa kami ke Jeti untuk menaiki boat yg telah kami tempah. Perjalanan dari Parapat ke Samosir Island mengambila masa selama 40 minit. Sepanjang perjalanan kita boleh lihat view Danau Toba yg sgt cantik. SubhanALLAH.. Kami tiba di Samosir dan turun di jeti Wisata Tomok. Di Jeti Wisata tomok terdapat byk kedai2 menjual barangan cenderahati dan hasil kraftangan penduduk tempatan yg terdiri dari kaum Batak. Kami tidak melepaskan peluang untuk shopping disini untuk dibawa pulang. :) .

Kami menghabiskan masa selama lebih 2 jam disini dan pulang semula ke parapat untuk menaiki bas dan bergerak ke Bandar Medan dalam pukul 12tgh hari waktu Indonesia.
Pak supir membawa kami mkn di restauran minang/melayu di Siantar, iaitu restauran Garuda. 

Kami meneruskan perjalanan lagi ke medan dan tiba di Medan pukul 7.00 Indonesia. Kami mkn mlm dia sebuah food court di Bandar itu dan terus ke hotel untuk check in dan berehat. Di Medan kami menginap di Grand Sakura Hotel.









































Day 3: Lepas breakfast kt hotel, kami keluar ke Bandar Medan. Tempat pertama yang kami lawati adalah sebuah rumah yg dijadikan kilang membuat telekung. Kata pak supir, kalau mau beli telekung disini aja.. kerna ibu2 disini tolak dgn harga borong. :) Jd, kami pun apa lg, BORONG laaaa !!! Selepas 2 jam memborong telekung disitu, kami ke Masjid Raya, dimana ia merupakan masjid tertua disini.. Selepas Masjid Raya, kami ke Maimon Palace pula.. Ia merupakan Istana terakhir kepada Raja yg terakhir. Sekarang Raja2 dah x berkuasa lg di Indonesia. Selepas penat melawat, kami mkn tgh hari dan solat zohor di Restauran Garuda bersebelahan saja dgn pasar ikan. Selesai semuannya, kami terus berjalan di pasar ikan. Nama je pasar ikan, tp disini x jual ikan yee. Peniaga di sini menjual kain2, temmasuk kain batik, kain pasang, siut, langsir. Ada juga telekung dijual disini. Tp harganya 2 kali ganda dr tempat kami borong telekong td. Pak supir menasihati kami supaya hati2, kerana kawasan ni byk org memjaja. Kalau x nk beli, jgn sentuh katanya. terus kata x mau. kalau kita layan, penjaja tu akan ikut kita smpai kita beli jugak. :) Selesai di pasar Ikan, kami ke Medan Mall pula. Medan mall sekali tgk mcm Ampang point :). Tp ada bgunan smbung di belakang, dan bahagia itu barang2 lebih murah dan boleh nego hrganya. :) Kami pulang ke hotel lebih awal harini kerana kepenatan, dan siap2 packing untuk balik esok.



















tuuu..tuuu muka excited shopping k!!!

ni baru ckit la antara collection telekung yg d keluarkan...

niii..model telekung kami...nk tgk sesuai atau x...sarung kat encik fahir ni..hehe


aidil fahmi

Masjid raya..masjid tertua kat sana






tunggu apa lagi...shooting time!!! >,<



thats our family....ples Allah..make our family hepi with your barakah till Jannah...
for me...nothing is meaningfull ..more than my family...
alhamdulillah..thanks Allah..^_^

ahli rombongan kami nihh...hehe


anak2 kecil kat sana......setiap jalan..setiap waktu..pasti ada..





sekitar dalam masjid



power rangers..hihi

Istana Maimonnn..












jommmmm..chaloo..chaloo...melantak time.....>,<



Medan Mall..amacam...mcm kat china x....

Grand sakura Hotel adalah hotel penginapan kami yg ke dua....layanan yg diberikan sgt 1st class...penginapan yg sgt mewah...klu duit Malaysia Rm90.00 semalam....so, kira sndiri la...












di bawah ni haaaa.....the others pict untuk anda punya tatapan...>,<
pemandangan di sekitar Medan.....
perangai yedillll yg sntiasa nk fight..hehe
di samping mendengar tips2 yg sgt berguna dr tok..yg dh berumor 84 tahun..
tp lbh kuat dari kami...awesome !!!!


















sekian dari ummyti...^_^
** maaf ats segala kecomoton yg berlaku dlm nihh...
habihh rajin dah...hehe

lots of love...
                         take care..>,<
                  sayangi family anda yer...