copy from blog iRa......thanks akak..ats luahan rs....=)
Awal november, my parent in law (PIL) dtg KL. untuk pengetahuan semua,
My Father in law (FIL) baru saje bersara/pencen pada jun 2011. After
pencen, mmg dia stay kt umah je ngn my mother in law (MIL). before
Ramadhan dia start batuk2. Dh byk kali pegi klinik tp masih x lega
batuk. Smpai la dlm bulan Ramadhan, my PIL pergi umrah and balik, my
FIL masih lg batuk. masa cuti raya aidilfitri, my hubby dh rasa ada
something wrong dgn my FIL. Dia ajak my FIL untuk ke hospital untuk
full checkup. risau takut ada penyakit lain yg kita x sangka. Pada
waktu itu my FIL mmg dh ada sedikit kencing manis. Biasalah tabiat org
tua, mmg x suka pergi hospital, setelah dipujuk oleh my hubby akhirnya
my FIL stuju. then pg raya ke 4, kami ke Hospital Pantai sungai petani.
kt sana, ayah di x-ray dada, di beriksa dada dan kahak. pada masa tu,
kami takut ayah terkena tibi. Alhamdulillah, ayah x terkena tibi
Ayah diberi ubat batuk lg oleh hospital pantai, then raya ke 6 kami balik KL.
Walaupun di KL, my hubby still teringat2 keadaan ayah yg batuk teruk di kampung.
kami survey2 kt KL tmpat2 untuk berubat. salah satunya adalah pusat rawatan darulsyifa'.
Alhamdulillah, ayah mahu dibawa ke sana. kami bawa ayah ke sana.
setelah diperiksa oleh ustaz disana, Alhamdulillah tidak ada masalah2
luar yg mengganggu kesihatan ayah. kami juga ada beli ubat kencing
manis dari darulsyifa' yg berupa capsul.
setelah ayah amalkan selama sebulan, alhamdulillah, kencing manis ayah dah berkurangan.
tp, batuk ayah masih lg berlarutan.
setelah habis ubat yg diberikan oleh hospital pantai, ayah pergi lg
kesana, doktor periksa paru2 ayah. doktor kata paru2 ayah ada masuk
air, doktor hanya berikan pil untuk keluarkan air dlm paru2 ayah itu.
bila makan ubat tu, ayah kerap ketandas untuk membuang air.
doktor juga memeriksa jantung ayah. ternyata jantung ayah dh
bermasalah. saluran jantung ayah sudah mula tersumbat. lebih2 lagi bia
ayah terkena kencing manis, darah sudah mula pekat dan susah untuk
memasuki saluran jantung.
sejak tau masalah itu, my hubby terus memikirkan masalah jantung ayahnya/my FIL.
kebetulan my hubby mendapat tau satu tmpat untuk berubat di kg melayu subang.
org yg berubat tu adalah org indon.
jd awal bulan lalu, my PIL dtg ke KL dan kami bw ayah kesana ternyata ramai betul org berubat disitu.
kami kesana sebelum maghrib dan pulang ke rumah pukul 1 pg.
di sana ayah dibedah secara batin, diberi air jampi 2 botol dan nasi
kepal 7 biji. ayah diminta untuk dtg balik kesana 3 minggu selepas
perjumpaan pertama. Tapi ayah dah x mahu kesana kerana tidak merasa
apa2 perubahan setelah habiskan air jampi dari rawatan pertama itu.
then hari jumaat-4 Nov, lepas kerja kami pulang ke baling, kedah bersama2 my PIL untuk merayakan aidiladha.
ahad, lepas zohor pd aidiladha kami gerak balik ke kelantan pula.
isnin-8 Nov, lepas asar kami gerak balik ke KL.
isnin-14nov, ira MC untuk buat HSG
khamis, 17nov, ira MC lg sbb appointment untuk jumpa doktor.
minggu selepas itu, my hubby dpt tau pasal proses and procedure di IJN pula.
untuk pesara kerajaan seperti ayah, boleh buat rawatan, dan pembedahan secara percuma.
terus my hubby set appointment untuk ayah di IJN pada isnin-21nov.
then my PIL, dtg ke KL lg pd 18nov.
meraka dtg dengan adik2 (siti and fahirah) my hubby yg kebetulan tgh cuti sem dan cuti skolah.
my BIL (abg fuzi) yg hantar mereka.
sabtu-19nov, my hubby's birthday.
kami ke Genting untuk lepak, jalan2 dan mkn2.
Alhamdulillah semuanya happy. nnt akan diupload gmbar2 kemudian.
ahad-20nov, kami lepak kat rumah saja.
isnin- 21nov, ayah ke IJN ditemani my hubby, my MIL, and my BIL( abg fuzi)
setelah diberiksa, ternyata mmg jantung my FIL ada problem. doktor suruh balik rumah dulu dan dtg lg esok untuk masuk wad.
selasa-22nd nov, my FIL masuk wad kt IJN. kena puasa smpai siap prosess pemeriksaan.
rabu-23rd nov, pukul 3ptg, doktor masukkan kamera melalui salur darah
my FIL untuk melihat saluran jantung baru boleh buat kesimpulan untuk
rawatan seterusnya.
Saluran utama jantung manusia ada 3. 1 saluran ayah dh fully tersumbat, yg kedua dah half tersumbat,
dan yg ketiga dah ada kebocoran. Pada mulanya doktor ingat untuk
masukkan spring sahaja untuk clear kan saluran jantung tu. tp ternya
dah x boleh nk clear pakai spring. ayah kena buat bypass operation.
tambah saluran jantung baru.
ayah dimasukkan semula ke wad untuk diberiksa dan diberi tarikh operation.
by BIL( abg fahir, abg chik) my SIL(kak lidya) dan anak2nya dah sampai dari kedah.
lepas abis waktu melawat, kami semua pulang kerumah kami di IKN,rawang.
khamis-24nov, ayah masih di wad. doktor biasa je dtg cek, doktor pakar belum dtg dan belum bagi tarikh.
my BIL (abg fahir, abg fuzi and abg chik), my SIL ( kak lidya) and
anak2nya balik ke kedah semula selapas waktu melawat untuk hari itu.
jumaat-25nov, kami (me and my hubby) x leh cuti dah. tp nasib baik ada
lg my MIL and adik2 by hubby (siti and fahirah). sebelum ke pejabat,
ira hantarkan meraka ke IJN untuk teman ayah. tgh hari my hubby dtg
untuk melawat dan solat jumaat di Masjid IJN then pulang ke pejabat
semula. Petang, selepas waktu kerje ira ke IJN semula untuk melawat dan
menjemput MIL and adik2 disana.
My FIL mmg x bg org teman dia mlm2 kt hospital sbb takut kami pula yg
sakit sbb x selesa tido di hospital. sedangkan dia masih boleh bangun
dan berjalan.
doktor pakar masih belum masuk ke wad. kami mendapat tau yang pada hari
itu doktor ada 17 operation. sbb itu x sempat untuk melawat wad2.
sabtu-26nov, selapas mkn pg dirumah, kami (me,myhubby,my MIL, siti and
fahirah) ke IJN lg untuk melawat ayah. kami stay smpai pukul 3ptg.
kemudian kami bg ayah rehat kejap, dan kami kuar ke Jalan TAR. Mak and
adik2 shopping. beli baju, kasut and seluar. kebetulan ada jualan murah.
kemudian, kami beli mknan dari pasar mlm jalan TAR.
pukul 6ptg, kami gerak ke IJN balik. lepak ngn ayah balik smbil mkn2. hehehe.
kami mkn jagung bakar, popia basah dan mknan ringan cucuk2 tu (alaa..yg fishball,fish cake, ketam).
hari ni ayah ckp xde doktor masuk pun. agaknya doktor pun cuti hari minggu.
ahad-27nov, belum sempat gi jenguk ayah, ayah dah call ckp doktor dh bg
balik, tp tarikh untuk operation bypass tu belum dpt lg. kemungkinan
bulan Januari, sbb ramai tgh tunggu turn. ayah suh dtg ptg skit sbb
tunggu doktor bg surat and ubat2an. so, kitorg kuar gi tesco dulu. beli
brg2 umah skit. pastu terus gerak gi amik ayah. before balik umah kami
singgah The Mall, sbb ayah nk beli kasut. kasut untuk jogging atau
jalan.
sbb lepas ni ayah kena selalu jalan2, atau joging untuk maintain kan
keadaan jantung skrg. takut jadi lagi teruk before sempat operation
bypass.
didoakan ayah cepat dpt turn untuk operation bypass tu dan ayah kembali sihat seperti sediakala.
skrg.... ayah, mak and adik2 dh balik kg.. tetiba umah dah sunyi lepas seminggu lebih diorg kt umah kami...
:(
love both of u very much.....
No comments:
Post a Comment